lepak2 jap

tingtong....alaaa sape laa plaq kat depan lappy tue??eh..u'olz kew...mai laaa masuk..singgah cini..yuhoo... =)
widget

About Me

My photo
Blog ni hanyelah utuk suka2 and xde kaitan pown nak memalukan mane2 pihak..buat blog nie pown coz saje nak menmbebel kurang kan rase boring and cdng nye nak menjalani karya sebagai seorng penulis novel..tp idea selalu ilang then citer tue sangkut...susah betol laa...kalo ade mood nak touch-up balik citer yg tersangkut tue..urm,lg satu blog nie ade pown coz iyelaa i xde sesape yg nak dibebelkan...kalo nak guna diari,susah laa..xmenarik..so i guna laa cara nie...sesiapa yg tersentap kat cini..MOhon MaaF terlebih dahulu...Now,i nak merepek..!!hehehehhehe...will strt noW name dah diberi...tue..Mizz erina.zk tue. apeee??xnampak..??hurm.ko bukak laa besar2 mate ko tue.xnampak jugak..baek ko g jumpa tok bomoh cepat2...melarat dah tue..wuahahaha...ape??nak taw name sebenar aq???xpayah laa kowt..biar aq junjung sowng2jew....umur aq masih muda dlm 19 ke atas cam tue,muda x aq???.heheh...jgn laa ckp cam tue,malu laa...ceit gedikz giler...nyampah u!!!aq suke giler bace novel cinta-cinta...novel yg jd feveret aq(damya hanna,aisya sofea,shrifah abu salem durrah fatiha,fatin nabilah bnyak lgi r..ok that's all..

cepat bg hamster nie mkan..



Tuesday, March 15, 2011

akU Anak DerHAKa...huhuhu..

Nama saya Mohd Azman (bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di utara Malaysia. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf. Ada seorang budak Melayu bernama Amin (bukan nama sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Mak Jah (juga bukan nama sebenar) di Sintok, Kedah. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Pak Sahar telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Amin dan ibunya Mak Jah amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati Amin akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Amin pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Universiti Malaya.

Ketika ini perangai Amin mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah. Hendak dipendekkan cerita, Mak Jah telah mengambil keputusan untuk datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku. Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri.

Amin baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya. Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Amin berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada. Amin dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata,"Makcik ni silap orang la.. Saya bukan anak mak cik".

Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Mak Jah dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata. Mak Jah memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Amin yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya. Malang tak berbau, Mak Jah dilanggar kereta yang sedang laju. Otak Mak Jah berkecai. Luluh hati saya melihat keadaan Mak Jah. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya hanya berlaku di dalam televisyen rumah saya. Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain

No comments:

Post a Comment


click for more